Sunday, May 19, 2011
Bercerita tentang pengalaman hidup yang sukar dilupakan..urmm..rasa-rasanya memang semuanya ada termasuklah saya sendiri. Pengalaman yang saya hendak ceritakan ini memang tidak dapat saya lupakan sebab terlalu banyak kenangan manis, lucu dan gembira.
Tanggal 19 May 2011, saya
dan kelab sukan lasak Unimas mula menjalankan ekspedisi untuk
mendaki Gunung Santubong yang berketinggian 810 meter dari aras laut itu. Bukan sahaja saya dan kelab sukan lasak sahaja mendaki tetapi kami telah mewar-warkan juga kepada orang luar yang berminat untuk turut serta. Orang luar yang turut serta tidaklah berapa banyak termasuklah suami saya sendiri. ![]() | |
| Papan Tanda |
Pendakian kami berjalan dengan
lancar. Trek pula telah disediakan dengan baik oleh pihak pengurusan.
Pada setiap checkpoint akan tersedia papan tanda yang menunjukkan peta
trek. Pada batang pokok akan ditandakan dengan cat berwarna merah
sebagai panduan para pendaki menjejak trek ke puncak gunung.
Selepas hampir sejam kami
berjalan, kami tiba di checkpoint F5. Kami perlu menuruni bukit sebelum
bertemu dengan air terjun yang menyambut kedatangan kami di checkpoint
itu. Saya cepat-cepat meletakkan beg dan terus bersuara. “Jom kita cuci muka sekejab”. Sambil mencuci muka, suami sempat merakam pemandangan
indah air terjun itu menggunakan kameranya.
Kami meneruskan pendakian. Ketika ini kami mula bertemu dengan permukaan lantai hutan yang semakin bercerun. Namun kami masih dibawah teduh pokok-pokok hutan hujan yang menaungi perjalanan kami.
Kami meneruskan pendakian. Ketika ini kami mula bertemu dengan permukaan lantai hutan yang semakin bercerun. Namun kami masih dibawah teduh pokok-pokok hutan hujan yang menaungi perjalanan kami.
Setengah jam kemudian kami tiba
di checkpoint F7. Check point ini merupakan titik pertemuan trek
dari
Pusat Informasi dan trek dari Bukit Putri. Terdapat bangku-bangku yang
disediakan untuk para pendaki berehat. Di kawasan ini, kami sudah dapat
melihat pemandangan persekitaran Kampung Santubong dari aras yang lebih
tinggi.
Perjalanan kami diteruskan.
Dihadapan kami adalah trek yang agak mencanak dan pendakiannnya
berterusan. Akar-akar kayu yang berselirat menjadi tangga-tangga buat
kami. Terdapat tali temali yang disediakan untuk membantu para pendaki
mendaki dengan lebih mudah.
Selepas melepasi trek yang
memenatkan, kami berehat sebentar di checkpoint F8. Laluan seterusnya
kami perlu menuruni bukit sebelum menemui laluan trek yang lebih
mencabar. Pada mulanya pendakian kami sama seperti sebelum ini, tetapi
ia berubah apabila kami bertemu dengan tangga yang diperbuat daripada
batang-batang kayu yang diikat dengan tali temali. Tangga ini disediakan
dikawasan cerun berbatu dan kecerunannya hampir 90 darjah.
Tangga-tangga yang pada mula hanya sepanjang semeter berganti dengan
tangga yang tingginya hampir 5 meter. Kami perlu mendaki seorang demi
seorang memandangkan tangga itu boleh menyebabkan tangan kami tersepit
dan kami takut andai tangga itu berayun.
Selepas itu kami tiba di checkpoint F12. Di checkpoint ini disediakan sebuah pondok dan juga bangku-bangku untuk kemudahan para pendaki untuk melepaskan lelah. Dari kawasan ini kami dapat melihat sebahagian kemuncak gunung yang diselubungi oleh kabus yang bergerak perlahan.
Kami mendaki tanpa henti dan akhirnya kami berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada jam 11.00 pagi. Kami berjaya menamatkan misi menuju ke puncak gunung dalam tempoh 3 jam 15 minit. Perasaan gembira jelas terpancar di wajah kami. Dari puncak gunung, kami dapat menyaksikan sungai, lautan, pulau-pulau, sebahagian Bandaraya Kuching dan juga Gunung Serapi.
Dan yang paling tidak dapat saya lupakan dan yang melucukan ialah bila saya dan rakan perempuan di tipu oleh akan-rakan lelaki dengan mengatakan dekat puncak atas sekali ada toilet disediakan. Ini berlaku kerana kami semua rakan-rakan perempuan sudah tidak tahan hendak membuang air kecil. Bila saja terdengar sedemikian apa lagi kami semua rakan-rakan buka langkah besar hendak sampai ke puncak, tapi bila sudah sampai ke puncak apa lagi kami semuanya gelak bila tekenangkan saat-saat sedemikian dan lalulah tidak jadi kami membuang air kecil di sebabkan telah terpekun melihat keindahan ciptaan Allah yang indah dan menyejukkan hati.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman hidup saya yang saya tidak dapat lupakan. Ini kerana saya rasa saya tidak percaya yang saya telah berjaya sampai ke puncak Gunung Santubong. Berkat keyakinan diri saya telah dapat mengharungi susah payah serta rintangan untuk sampai ke puncak.

No comments:
Post a Comment